Saturday, October 8, 2011

Anwar Ibrahim yang saya Kenal


* Suka berlawak.

Memang DSAI suka berlawak. Tetapi sikap berlawok ( loghat Kelantan ) – ertinya menipu ; tidaklah dapat dipastikan pula. Walaupun pengkritik dan bekas teman baik beliau sendiri seperti Chandra Muzaffar sering menggambarkan DSAI tokoh sesumpah yang mudah berubah bila bila masa dan suka ‘ berlawok.’

* Mudah tertawan padanya.

Memang benar.. DSAI mudah menawan hati orang. Ini bakat semulajadi yang ada pada diri beliau. Hingga ribuan sanggup berkumpul ( tanpa diketahui diberi upah atau sebaliknya ) dan itulah yang terbaru terjadi di dataran merdeka Kelab Sultan Sulaiman di tengah kotaraya Malaysia 14 April lepas. Dan menyebabkan ramai termasuk PAS tertawan dengan beliau…

* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain..

Memang DSAI suka mengambil berat dan bersopan santun. Itulah rahsia Datin Seri Wan Azizah terpikat barangkali.

* Berani dan tidak tahu takut.

Itu tepat sekali dengan slogan DSAI ‘ Lawan tetap Lawan’…Atau boleh ditafsir sebagai tidak tahu takut kepada cemuhan orang kerana dia berkawan dengan Dajal dunia iaitu Amerika dan semua tali barut yang ada di merata rata di seluruh dunia.. Sebab itu tidak heran jika Anwar berbangga dengan kenalannya dari Arab dan Barat ( buka blog beliau utk maklumat lanjut di sini )

* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.

Memang benar dari gaya percakapan dan ceramah mengesahkan kenyataan di atas.

* Pandai memujuk orang lain.

Sebab itu DSAI dapat melebarkan pengaruh antara kaum dan agama kerana kelebihan ini . mangsa terbaru SAPP yang baru sahaja memberontak dalam BN dengan mengumumkan akan keluar Jumaat ini ( jika dipersetujui ahli parti SAPP ). Jelasnya Yong Teck Lee mengaku berjumpa dengan Anwar di Hong Kong baru baru ini… Anwar ajak lompat atau tidak, kita tidak tahu….

* Terlalu pemurah & bersikap ego.

Jika sikap pemurah di atas menjadi kelebihan hingga dikatakan sehingga ketika pemilihan UMNO, mungkin sikap ego ini sukar diterima para pengikut beliau sendiri. Namun kita tengoklah samada ia tepat atau tidak dalam menelah peribadi insan bernama DSAI ini. Namun ramai sudah terkena EGO Anwar hingga keluar parti… Harap Anwar tidak akan ego lagi jika nak jadi Perdana Menteri..

* Nilai harga diri yang sangat tinggi.

Mungkin ini bercanggah dengan penghijrahan beliau dari ABIM kepada UMNO hingga ramai yang sangat terkejut kerana beliau dengan mudah menyokong musuh yang dikritik sebelumnya…seperti Tunku Abd Rahman , Perdana Menteri Malaysia yang selalu menjadi bahan kritikannya sebelum itu.

* Dahagakan pujian.

Ini sangat subjektif dan perlu dilihat dari kacamata pengikut beliau sendiri. Cuma jika ingin sahkan anda perlu check ruangan komen DSAI di blog beliau. Ada tak komen mengutuk disiarkan atau tidak. Ini eksperimen mudah untuk sahkan perkara di atas.

* Semangat juang yang luar biasa.

Memang benar, hingga sekarang perjuangan DSAI terus menerus dalam memburu ‘keadilan’ bagi dirinya yang sudah hampir mencecah kerusi tertinggi negara selaku Perdana Menteri tahun 1997 lalu..Beliau sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja dan menggadai apa sahaja demi ‘NAFSU GILA DAN RAKUSNYA’ walaupun mengajak parti dan MP lain LOMPAT PARTI..


Bertudung atau Berfesyen?

Bertudung atau Berfesyen? Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan.